Selasa, 16 Disember 2014

MASALAH KEPUTIHAN IBU HAMIL. BAHAYA KEPADA BAYI??

Assalamualaikum....selamat petang semua.

Alhamdulillah, dapat group yang sangat-sangat membantu dalam masalah ibu hamil ni. Hari ni, kami dalam group Telegram Zero To Hero membincangkan masalah KEPUTIHAN dikalang ibu hamil.

Terasa nak share sedikit maklumat tentang KEPUTIHAN, apa puncanya dan bagaimana nak atasinya serta adakah ia bahaya kepada bayi yang dikandung.

Pengeluaran lendir atau keputihan yang keterlaluan juga boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

 KEPUTIHAN YANG DIALAMI OLEH IBU HAMIL

Bagaimana ianya terjadi?

Seorang rakan berkongsi pengalamannya semasa mengandung dahulu, katanya bila dia refer doktor, doktor memberitahu punca masalah keputihan adalah disebabkan ketidakstabilan hormon ibu hamil. (Rujuk Laman Web Dr. Zubaidi)

Menurut halaman Petua Nenek masalah keputihan adalah disebabkan jangkitan kuman di faraj dan kulit disekitarnya. Ia juga mungkin disebabkan kutu rambut yang menimbulkan kegatalan tersebut.

Adakah masalah keputihan ini bahaya kepada bayi yang dikandung?

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj. Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti jenis jangkitan pada faraj anda..Kemungkinan akan berlaku 2 sebab iaitu samada jangkitan fungal atau pun bakteria..Wanita hamil tidak semestinya dijangkiti fungal, tetapi juga kemungkinan dijangkiti bakteria pada kemaluan yang disebut sebagai Bacterial Vaginosis (bv).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur atau faraj bertukar kepada kemerahan, kegatalan atau kekeringan, mungkin anda mengalami jangkitan. Jangkitan ini mungkin disebabkan 2 punca samaada jangkitan bakteria iaitu Bacterial Vaginosis atau jangkitan fungus.

Jika tiada rawatan susulan , berkemungkinan ia memberi masalah kepada bayi.

Antaranya:
 1. Kelahiran Bayi Pra matang
 2. Jangkitan kuman pada air ketuban, uri dan bayi
 3. Bayi mempunyai masalah kulit
 4. Bayi mempunyai masalah mata



Bagaimana Cara atasi Masalah Keputihan ini?

1. Jika anda merujuk kepada doktor atau klinik kesihatan, pihan klinik akan memberi anda sejenis cecair sintetik.

2. Produk Shaklee yang dicadangkan ialah  Garlic Shaklee. Antara kebaikannya anda boleh baca link dibawah. Garlic Shaklee.

Alhamdulillah, yang mengalami masalah keputihan telah mengunkannya dan dapat atasi masalah tersebut.

3. Mengelakkan makan tembikai atau pun timun.

4. Jaga kebersihan bahagian sulit.

Jika anda mempunyai masalah keputihan dan mahu mengatasi masalah dengan Garlic Shaklee boleh hubungi saya.

Jangan malu-malu.

Pilihlah produk yang Semulajadi, Halal dan diyakini.

Hubungi saya:
Arbayah Aris (abby)
No.Telefon: 016 470 3499
Email: adeliahumaira@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan