Assalamualaikum...
Pernah dengar orang tua-tua cakap
"Tak perlu makan suppliment yang doktor bagi, sebab nanti anak yang dikandung akan besar."
Kenapa ye?
Saya tak nampak bukti saintifik yang menunjukkan jika ibu hamil makan suppliment yang doktor beri seperti B complex dan asic Folic bayi yang dikandung akan bersaiz BESAR.
Menurut Dr. Zubaidi dalam artikelnya, penting bagi ibu hamil untuk mengambil ASID FOLIC.
Ini kerana pengambilan Asid Folic dapat mengurangkan kecacatan pada bayi dan mengurangkan penyakit
Sina Bifida dan nueral tube defect.
Gambar lain yang berkaitan:
Nueral Tube defect
Rujukan: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/neuraltubedefects.html
Kasihan bila tengok gambar bayi yang mengalami kecacatan seperti ini.
Kebanyakkan kecacatan ini berlaku pada usia kandungan di semester pertama lagi. Mungkin ibu hamil ini tidar sedar tentang kehamilannya dan tidak mengambil Asid Forlic yang secukupnya. Doktor menasihatkan ibu hamil mengambil asic forlic sebaik sahaja kehamilan.
Artikel berkaitan pentingnya Acid Folic.
-------------------------------------------------
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai
kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan
harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang
terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.
Secara amnya,
alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan
bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan
muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala
kesihatan ibu akan terjejas.
Tambahan pula, ibu akan mengalami
kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing
sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan
rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan
makanan tambahan melalui drip.
Bagi mengurangkan penghidratan,
ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi
menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna
seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan
mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan
atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma
yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah.
Makan sedikit, tetapi
secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan
buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan
muntah dengan teruk.
Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini
kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk
perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai
wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan
tiga bulan sebelum mengandung.
Ini kerana asid folik dapat
membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect
atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah
kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.
Asid
folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit
dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat
untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik
bagi bakal ibu dan ibu hamil.
Rujukan:Harian Metro
Bagi saya,
VITA-LEA yang mengandungi Acid Folic Shaklee adalah yang TERBAIK, yang perlu diambil oleh ibu hamil. Antara kandungan nutriet yang terdapat dalam VITA-LEA ialah
Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B, Vitamin E, Vitamin D , Folic Asid, Biotin, dan calsium.
Jom tonton: VITALEA on YOUTUBE
Adakah anda memerlukan VITALEA yang mempunyai Vitamin yang lengkap?
Saya boleh membantu anda.
JUGA BERMINAT DAPATKAN
SET HAMIL SHAKLEE.
SAYA SEDIA MEMBANTU.
Khidmat Masyarakat.
Hubungi Talian 017 2273857.