Jumaat, 7 November 2014

Perhhh...Fakta MENARIK tentang OMEGA GUARD.

Assalamualaikum semua...rasanya 3 bulan kebelakangan ni, September Oktober dan November Shaklee bagi PRPMOSI yang super awesome!!!

Memang Shaklee sayang pengguna dan ahli yang setia.

Bulan Setember dan Oktober bulan Promosi Meal Shake, Setiap pembelian 3 tong meal Shake akan mendapat 1 tong percuma. Cer kira jika anda telah daftar menjadi ahli...murah giler-giler kan.

Bulan November pula PROMOSI BERGANDA juga.
 ~ Setiap pembelian 6 Omega Guard akan mendapat 1 percuma
~ Pembelian Twin Pack mendapat extra 5% diskaun.

Banyakkan anda menjadi ahli. Dah lah dapat harga ahli yang super duper murah...dapat lagi 5% diskaun...Untung ke untung?

So kat sini saya nak cerita sikit tentang Kebaikan OMEGA GUARD ni:


a) Omega Guard mengurangkan penyakit jantung
-membantu mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
-mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu
-mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat
-mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini

b) Omega Guard mencegah saluran darah dan pembekuan darah
-mengurangkan risiko darah beku
-mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
-mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki

c) Omega Guard membantu mengurangkan paras kolestrol
- mengurangkan paras asid lemak bebas dalam darah yang mempunyai kaitan yang kuat dengan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung

d) Omega Guard mengurangkan Strok (Ahmar)
-mengurangkan risiko mendapat strok sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic

e) Omega Guard mengurangkan penyakit darah tinggi
-mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
-mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi

f) Omega Guard mengurangkan keradangan 
-mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi
-mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn's
-memberi kesan positif dalam pesakit SLE
-memberi kesan positif dalam penyakit asma
-memberi kesan positif dalam masalah kulit Ekzema dan atopic dermatitis

g) Omega Guard membantu perkembangan otak kanak-kanak
-membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak
-kanak-kanak yang kekuranan Omega 3 mengalami masalah tumbesaran otak dan perkembangan minda

h) Omega Guard mencegah kanser
-mengurangkan risiko kanser payu dara
-mengurangkan risiko kanser usus besar
-mengurangkan risiko kanser prostat

g) Omega Guard mengawal masalah psikiatri dan mental
-membantu masalah depresi
-membantu mengurangkan kerisauan melampau
-membantu permasalahan Schizophrenia
-membantu mengurangkan Dementia
-memberi kesan positif dalam masalah Alzheimer

h) Omega Guard membantu memberi kesan positif terhadap senggugut

Jadi jika ingin mendapatkannya. Pastinya saya akan beri PERKHIDMATAN yang TERBAIK.
Penghantaran SEGERA. Sampai seawal 1 hari selepas order.

Jika COD kawasan Seri Iskandar dan Bota, Perak. Penghantaran PERCUMA.
Serta konsultansi juga PERCUMA.

Rabu, 5 November 2014

KISAH ABAH 1

Assalamualaikum... hari ni mood nak tulis tentang abah. saya saja nak share tentang kehidupan abah di kampung.

Sebenarnya saya ada tulis kisah abah di Facebook dan yang tidak saya sangka ada yang seronok baca tentang abah saya ni.

Nama abah Haji Aris Bin Sidin. Abah bagi saya seorang yang kuat bekerja.

Masa muda abah orang susah. Masa kahwin dengan mak abah tak ada kerja tetap. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mak oang senang juga. Atok Bah (abah mak) tak kisah jodohkan mak dengan abah yang susah, katanya janji orangnya akhlak yang baik dan boleh jaga mak. Kiranya mak dan abah bercinta selepas kahwin. Abah cerita masa kahwin pun abah tak ada harga, belanja kahwin semua abang abah yang sediakan.

Lepas kahwin dengan mak, abah merantau dari Muar, Johor ke Rompin, Pahang. Abah buka tanah kat Rompin. Mak juga ada cerita masa tu memang susah, makan susah. Sampaikan kakak sulung masa kecil hanya minum air teh je. Susah nak beli susu. Mak memang tak tahan tapi mak sabah sebab Atok Bah sentiasa bagi sokongan. Atok Bah selalu datang Rompin dan bagi duit sikit untuk keperluan mak. Time Tok Bah datang time tulah mak merasa makan best sikit.

Kat Rompin abah menanam padi, sayur-sayuran dan tembikai. Abah cerita, abah menangis sebab pertama kali pegang duit RM1000 hasil jual tembikai. Abah memang berbakat menanam macam-macam pokok.

Biasalah kerja kampung kadang-kadang ada duit kadang-kadang tak ada. Atok (mak abah) duduk dekat dengan rumah mak dan abah. Atok lah yang banyak membantu mak dan abah.

Mak fikir jika masih duduk di kampung, taraf ekonomi tetap sama, Kerja susah2 tapi hasilnya tak seberapa. Lepas tu, mak sendiri yang mohon masuk Rancangan Felda di Pahang. Mak kata mak tak nak selamanya susah. Masa tu mak dah ada 2 anak, along dan angah.

Alhamdulillah, mungkin rezeki dapat anak ke 3 abah dan mak dapat masuk Rancangan Felda di Keratong. Zaman dulu memang tanah merah lagi. Hidup tu memang susah juga tapi jika rajin insyaallah lebih yang abah dapat.

Masuk Rancangan Felda, Abah dan mak diberi sebuah lot tanah dan rumah. Dan abah juga dapat 10 ekar tanah kelapa sawit. Syukur alhamdulillah, cuma permulaan mesti kena susah dulu. Ibaratnya menanam benih dan kemuadian baru dapat hasilnya.

Mula-mula abah hanya pakai basikal. Selepas tu baru abah beli motor cup honda. Hehe...merasa juga abah pakai honda walaupun hanya motosikal.

Alhamdulillah, bertambah lagi harta abah. Anak-anak, rumah dan motor.

Saya ingat kali pertama abah beli kereta tahun 1990 masa tu saya darjah 4. Kereta pertama abah kereta 'Wegen'....

Sikit demi sedikit kehidupan abah dan mak serta anak-anak berubah. Kereta abah tu memang banyak berjasa...

oklah. habis 1 part cerita abah...nanti saya sambung lagi.

THE MORAL OF STORY: 

1. Berani berubah untuk sebuah kejayaan, andai kata abah dan mak tak berusaha nak berubah maybe kami masih lagi duduk di kampung.

Salam Sayang.
Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499


Selasa, 4 November 2014

TABIAT ORANG KAYA

Bersama Shaklee Bersama Group yang Hebat Bersama Orang-orang yang beraura POSITIF dan HEBAT.

Setiap hari pasti kami berkongsi tips dan motivasi untuk berjaya.

Bila ada rakan2 dan leader yang beri sokongan kita tak akan mudah putus asa.

Oklah disini saya nak Share sikit tentang TABIAT ORANG KAYA atau  SUCCESS RITUAL

Orang kaya ada tabiat..tabiat itulah yang memandu mereka kepada kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka pada hari ini.

Seperti kita maklum, tabiat adalah satu proses pembentukan diri. Kita mencipta satu acuan untuk menjadikan diri kita siapa yang kita ingin jadi. Contohnya, orang yang mahu kurus membentuk tabiat untuk menjadi seorang yang kurus. Ia tidak berlaku semalaman dan mengambil masa. Berapa lama yang perlu diambil bergantung kepada kita sendiri. Namun ada rahsianya untuk membentuk tabiat
dengan mudah.

Sebelum tu nak kongsikan sedikit apa itu tabiat. Tabiat adalah sangat-sangat PENTING. Saya pun baru sedar The Power Of Tabiat(success ritual) ni. 

Ia dikatakan tabiat apabila kita melakukannya secara OTOMETIK tanpa perlu berfikir atau membuat keputusan. Contohnya, perjalanan kita ke tempat kerja sehari-hari. Kita cuma memandu tanpa perlu rujuk pada navigation atau melakukan penaakulan arithmetik(matematik untuk
membuat keputusan) dalam kepala kita. Kita tak perlu fikirkan nak belok ke simpang mana. Otak kita akan memandu tangan  kita untuk mengemudi stering kereta kita secara "auto pilot" kesedaran(conscious mind) kita tak perlu masuk campur pun  dalam urusan itu kerana ia adalah tabiat dan berlaku secara otometik. 

Bayangkan jika kita ada tabiat orang kaya pula...maksudnya,  otometik otak dan badan kita bekerja untuk jadikan kita orang kaya. Kita tak perlu pening-pening pun. Bila tabiat dah ada, urusan yang kita perlu buat itu akan dirasakan begitu mudah. Malah Islam dah ajar kita untuk membentuk tabiat dari kecil lagi. Kita diajar berwuduk, solat fardhu 5 waktu, mengaji al-Quran setiap hari, berpuasa
sebulan setiap tahun bila ditanya oleh non-Muslim, tak susah ke buat semua tu?
Muslim yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam pasti cuma tersenyum dan menggeleng-geleng. 

Ia adalah tabiat, tak susah langsung.Bila tak buat baru kita rasa susah..tak senang duduk, macam
ada yang tak kena atau tak sempurna. OK, next kita akan kupas mengenai WHAT dan HOW.
"Kualiti tabiat kita, menentukan kualiti hidup kita."Setuju? Bagi diri saya, saya tak dapat nak bangkang pun .

Tabiat Kewangan Orang Kaya

1. SANGAT FOKUS
Orang kaya apabila mulakan sesuatu, mereka akan buat
sampai habis. Mereka takkan mudah terganggu atau
terpengaruh dengan distractions(gangguan).

2. MATLAMAT JELAS

Orang kaya tahu apa yang mereka buat dan kenapa
mereka lakukan rutin itu. Mereka sangat jelas objektif
pembentukan tabiat mereka, oleh itu mereka tidak
akan mudah-mudah membiarkan diri mereka tersasar
dari tabiat mereka.

Contoh tabiat : Masuk 10 group Facebook untuk buat
pemasaran antara 8 hingga 9 pagi SETIAP HARI.
kalau tak fokus, kita akan "ditarik masuk ke dunia
lain" dan "buat kerja lain"
kalau takde matlamat yang jelas, kita mula tidak
pasti kenapa kita PERLU buat begini setiap hari dalam
masa 1 jam, kita akan goyah dan cuba bentuk tabiat
lain pula, malah kita akan hilang fokus sehingga
"hilang 2 jam tanpa sedar" sebab buat perkara lain dari
matlamat asal.
 

Cara Mudah Membentuk Tabiat
4 syarat membentuk tabiat dengan MUDAH.

1. Wujudkan hanya SATU tabiat baru pada satu-satu
masa.
-Selagi tabiat pertama yang ingin dibentuk belum
terbentuk, elakkan membentuk tabiat lain.

2. Pastikan tabiat pertama kita MUDAH dibuat
-Benda yang mudah akan mudah untuk diulang.
Bila ia sudah diulang, ia akan jadi tabiat.

3.Mulakan tabiat itu SEKARANG, atau ESOK(paling lambat)
-Elakkan bertangguh kerana pembentukan tabiat
tidak boleh ditangguhkan. Apabila sudah buat
keputusan nak bentuk tabiat yang mana, kita
teruskan sekarang.

4. KEKAL pada perancangan
Jika kita pilih untuk kerja 1 jam di antara pukul
8-9 pagi setiap hari, jangan set appointment pada
waktu tersebut. Jangan terima panggilan telefon.
Masuk bilik di mana tiada gangguan, tutup pintu.
Jangan sesekali membenarkan faktor luar
mengganggu gugat pembentukan tabiat kita.
=====
Diolah oleh Ratu bersumberkan artikel oleh Faisal Abdullah

selamat membaca.

Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499

Ahad, 2 November 2014

APA???OMEGA GUARD MURAH DARIPADA BIASA!!!!!

Wow...macam tak percaya jer bulan NOVEMBER bulan paling happy buat pengguna OMEGA GUARD. Bukan itu sahaja, insentif yang Shaklee beri kepada SID yang menunjukkan performance yang bagus menunjukkan keprihatinan Shaklee.

dan menghargai SID dan pengguna produk Shaklee.

Sekarang nak cerita pasal 2 kegembiraan yang diberi oleh Shaklee pada bulan November 2014 ni.

Setiap pembelian 6 botol Omega akan mendapat 1 botol PERCUMA. Best kan....

Yang ke 2 ialah Shaklee mengeluarkan TWIN PACK Omega Guard. Setiap pembelian Pek berkembar ni anda akan dapat 5% diskaun. Itu yang Shaklee bagi. Mereka yang menjadi pelanggan saya, saya juga akan beri 10% lagi diskaun. So total semua sekali 15% diskaun.

Jom tengok siapa yang perlukan Omega Guard.

1. Mereka yang nak KURUS
2. Penghidap Kanser
3. Pesakit jantung dan Darah tinggi
4. Penghidap asthma atau lelah
5 Penghidap Gaut
6. Kanak-kanak dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan
7. Penghidap Migrain
7. Penghidap Sakit sendi






PROMOSI OMEGA GUARD
>> BUY 6 FREE 1
>>TWIN PACK- 5% DISCOUNT

SET OMEGA GUARD:
1. Set Ibu Hamil
2. Set Kanak-kanak Pintar dan Sihat
3. Set Gaut
4. Set Sendi
5. Set Slim
6. Set Penghidap darah Tinggi

Untuk dapatkan HARGA TERMURAH sila PM/SMS saya di talian 016 470 3499
atau contact melalui FB: Arbayah Aris

Sharing Is Loving
Arbayah Aris


Sabtu, 1 November 2014

JERUK ASAM BOI MEMANG MELETOPPP!!!

Dah jadi fenomena pula kan jeruk asam boi ni. Dalam facebook semua orang dah cuba. Sebab senang je nak buatnya. Ada yang Abby tengok ada siap buat bisnes lagi.

Jadi Abby juga tak ketinggalan nak mencuba juga. Mula-mula hari tu buat Projek Jeruk Asam boi ni kat sekolah...ramai-ramai pakat merasa le..

RESEPI JERUK ASAM BOI
 
Balik rumah Abby try sendiri. Perhhhhh...memang sodap...my husband yang mula-mula tak nak, berulang-ulang makan tu..

Siap tanya "Masam tak yang?"

"try lah dulu." nampak sangat tak suka masak

Rasanya ada masam, manis, masin dan pedas sikit.

 Mangga yang disedekahkan oleh kawan kat sekolah. Terima Kasih banyak-banyak Kak Mam...katanya kat rumahnya berlambak-lambak. daripada terbuang lebih baik bagi kat orang.

 Mangga yang muda tu dihiris-hiris. dan campur gula, garam sedikit, potongan lada dan juga bahan yang penting asam boi..

Taaa....daaa....dah siap pun..letak dalam peti ais. tunggu sejuk. Terus boleh makan, Sedaappppp tu. Sejuk-sejuk makan memang sedap.

kalau dah tak sabar nak makan, lepas buat terus makan pun boleh,

Oklah. Selamat mencuba.....

Sharing Is Loving
Abby a.ka Arbayah Arisa
Shaklee Independent Distributor
COD: Seri Iskandar dan Bota

Selasa, 7 Oktober 2014

PANDUAN IBUBAPA: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Allah swt memberi kesempatan waktu untuk saya berkongsi Cara Mudah Mengajar Anak Membaca.

Ini yang saya telah buat kepada Adelia Humaira, 5 tahun. Dia boleh membaca lancar seawal usia 4 tahun.

Antara buku yang telah saya gunakan ialah BUKU BACALAH ANAKKU, terdapat 8 buah buku semuanya.

Buku yang begitu berkesan.

Cara saya membantu Adelia membaca:

Cara 1: MEMBACA 5 - 10 MINIT TETAPI KERAP

Saya akan pastikan setiap hari Adelia akan membaca. Waktu membaca antara 5 hingga 10 minit sahaja. Pada hari persekolahan 2 kali sehari iaitu pada waktu petang/malam dan waktu pagi.

Waktu pagi saya akan hantar Adelia ke sekolah awal, sambil tunggu teacher datang saya sempat ajar Adelia membaca. Pada waktu petang pula, sambil Adelia menonton TV atau bermain saya akan panggil dia untuk membaca. Cuti sekolah lagi kerap Adelia membaca, antara 4 hingga 5 kali.

Jika pergi keluar berjalan-jalan atau balik kampung saya juga akan ajar Adelia membaca dalam kereta. Jika tak ada aktiviti dalam kereta mulalah Adelia buat perangai...bergaduh dengan adik Auni. Sekurang-kurangnya masa berada dalam kereta dimanfaatkan.

Cara 2 : BANYAKKAN MEMUJI

Bukan mudah nak terapkan kerajinan anak-anak kecil untuk minat membaca. Ada kala sikap malas menguasai...biasalah bila dah asyik bermain bila ajak membaca mulalah malas..sakit perutlah macam-macam halnya.

Apa yang saya buat, saya banyakkan memuji. Beri kata-kata semangat. Contohnya "Adelia kan rajin...nak jadi anak solehah kena pandai baca."

Semasa Adelia membaca, saya akan sebut perkataan 'pandai' berulang-ulang....habis 1 ayat saya cakap "pandai Adelia!!" Cara itu akan membuatkan Adelia lagi rajin membaca. Jika anak tak bersedia atau sedang menonton  kartun kesukaan saya tak akan paksa dia baca. Tapi saya akan pesan "lepas tengok TV, Adelia baca yer." Alhamdulillah, dia akan ikut.

Pandai..pandai...pandai...berulang kali. Biar perkataan 'pandai' tersemat dalam otak. Teknik kuasa minda bawah sedar.


Cara 3: LUKIS GAMBAR DAN PERKATAAN

Saya beli buku lukisan dan lukis gambar yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. (untuk permulaan lukis gambar dan perkataan suku kata terbuka)

Contoh: Gigi, kaki, mata, baju dan lain-lain.

Sambil membaca perkataan tersebut boleh suruh anak-anak mewarna. (ibu bapa jangan malu nak lukis, asalkan ada rupa gigi jadilah, lagipun anak-anak aje yang tengok)

Cara 4: TAMPAL PERKATAAN DI DINDING

Lagi 1 cara yang saya lakukan ialah menampal perkataan suku kata terbuka dan tertutup di dinding. Di rumah saya tampal pada dinding bilik dan pintu stor. Jadi sambil bermain, anak-anak boleh melihat perkataan dan membaca perkataan tersebut.

Cara 5: RAJIN PERGI KEDAI BUKU DAN RAJIN BELI BUKU

Ini memang habit saya. Pergi kedai buku dan beli buku. Saya ni gila buku.

Jadi bila pergi ke kedai buku belikan buku yang sesuai mengikut tahap anak-anak. Contoh pada permulaan kita belikan buku yang mempunyai perkataan yang mudah-mudah dahulu. Barulah yang lebih banyak perkataan dan cerita yang panjang. Kalau mula-mula dah banyak perkataan, sukar anak-anak nak membaca. Otak mereka dah keliru. Ini yang menyebabkan mereka cepat bosan.

Cara 6: BUAT RUANG MEMBACA YANG MENARIK DAN SELESA

Buat ruang membaca yang menyeronokkan. Buat perpustakaan mini. Secara tidak langsung dapat memupuk anak-anak rajin membaca. Kalau rumah saya selain bilik membaca @ perpustakana mini, di ruang tamu memang bersepah dengan buku-buku. Biar bersepah sikit asalkan anak-anak rajin baca buku. Bila fening tengok rumah bersepak, boleh ajak anak-anak mengemas. Belajar mengemas pula.





Semoga cara yang telah saya kongsikan ini memberi manfaat untuk ibubapa semua.
Yang baik wajar dicontohi yang tidak baik boleh abaikan

Sharing Is Loving
ARBAYAH ARIS
Mama Adelia Humaira & Auni Al Husna

Cara Kreatif Gunakan Bekas Meal Shake

Assalamualaikum....Hari ni nak kongsi sedikit tentang KITAR SEMULA menggunakan BEKAS MEAL SHAKE.


Sebenarnya bekas isian Meal Shake yang telah kosong tak perlu dibuang.

Kita boleh gunakan secara kreatif bekas tersebut.

Contohnya buat bekas letak alat tulis.

Inilah contoh yang telah saya buat...cantik kan...so jimat duit nak beli bekas alat tulis di pasaran.



CARA MEMBUAT BEKAS PENSIL DARIPADA BEKAS MEAL SHAKE.




1. Basuh sehingga bersih bekas meal shake. Keringkan atau lap bekas tersebu

2. Gunakan kertas berwarna (colourful paper) untuk menutup bekas meal shake tadi. Gunakan warna kesukaaan anda. Warna pelangi pun cantik juga kan...(warna fevorite Humaira)


3.Gunting kertas berwarna tadi mengikut saiz bekas meal shake. Kemudian tampal sama ada menggunakan gam UHU atau gam lilin (macam pistol tu)

4. Kita boleh tambah assesori pada bekas tersebut seperti reben, manik, butang dan sebagainya..



5. Taa...daaa...dah siap pun. Sekarang bekas meal shake telah bertukar wajah. Bolehlah letak alat tulis dan sebagainya. Saya pula letak warna anak-anak tersayang. Mudah mereka mengambil dan mewarna.



Cantik ke cantik? Tentu semua terpikat kan....insyaAllah akan datang saya akan tunjukkan lagi apa yang boleh kita buat daripada bekas meal shake atau ESP yang sudah habis.

ok. Jumpa lagi....selamat mencuba...anda yang diluar sana tentu lagi kreatif....

Sharing Is Loving
Arbayah Aris