Ahad, 29 Jun 2014

MONEY GAME [Permainan Duit]

Assalamualaikum...

Disebabkan ramai kawan2 yang nak tahu tentang FINANCIAL FREEDOM atau "BEBAS KEWANGAN" saya tulis entry khas untuk cerita serba sedikit tentang permainan duit yang perlu kita PRAKTIKAN untuk mendapat kebebesan kewangan pada 1 masa nanti.

Sebenarnya saya peroleh ilmu ni semasa menghadiri Seminar Insentif Magnet Kekayaan Kejayaan (IMKK) yang dikelolakan oleh Jurulatih Pemasaran NO.1 iaitu Dr.Azizan Osman (DAO).



Bebas kewangan atau pun 'pasive income'.

Terdapat 6 tabungan yang dicadangkan oleh DAO

# Tabungan 1 

FFA-Financial Freedom Account atau lebih faham diistilahkan sebagai Tabung Kebebasan Kewangan.

Akaun ni yang akan membawa anda kepada 'pasive Income' atau 'Money freedome'
pada jangka masa tertentu, akaun ni akan cukup duit untuk anda berhenti bekerja. Dan menggunakan duit ini untuk menjana pendapatan lain. Sambil goyang kaki di rumah anda mampu memiliki pendapatan seperti orang yang bekerja.

Anda perlu peruntukkan 10% daripada gaji anda dalam sebulan. Duit dalam akaun ini tidak boleh dikeluarkan. Dicadangkan anda membuka Fix Account di Bank Islam. DAO juga mencadangkan kita guna buku akaun dan buku tersebut haruslah dibakar atau dibuang.

untuk membanyakkan tabungan FFA ni kita kena cari alternatif lain (bg yang makan gaji) seperti berniaga. Wang keuntungan drpd berniaga kita masukkan ke dalam FFA.


# Tabungan 2

NEC - iaitu tabung keperluan

Dicadangkan kita menggunakan hanya 55% daripada gaji untuk kegunaan keperluan setiap bulan.

Bagaimana kita nak survive jika hanya 55% sahaja drpd gaji di peruntukkan untu keperluan bulanan?
ada yang kata tak cukup. Banyak benda nak bayar seperti bil astro, bil eletrik, bil air dll.

Kita perlu berkorban untuk kesenangan akan datang. Contoh kita perlu turunkan kos sara hidup. Amalkan sikap berjimat cermat. bagi wanita buang sikap suka membeli belah, shoppig sana sini. Bagi lelaki pula yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok.

Atau kita tingkatkan pendapatan dengan berniaga. Contoh Bisnes online. Mudah kan.

# Tabungan 3

LTSS - Long Term Saving For Spending (10%)

Atau pun Simpanan jangka masa panjang untuk dibelanjakan. Contoh simpanan kita untuk buat renovation rumah, untuk tukar sport rim kereta, untuk beli barang eletrik atau pun untuk buat downpament beli rumah.

tips yang diberi oleh DAO. walaupun kita banyak duit, tak perlu beli rumah cash. Kita beli rumah bayar bulanan. Boleh beli banyak dan sewakan. Bijak ke bijak?

menjana pendapatan lain juga kan.

# Tabungan 4

CHARITY - Tabungan Kebajiakan
Kita perlu perutukkan 5% daripada gaji/pendapatan bulanan untuk didermakan.
5% adalam jumlah yang min. Manakala 2.5% untuk zakat adalah wajib.

# Tabungan 5

FUN - Tabung beronok-ronok

Ini ialah tabung untuk suka-suki. Peruntukkan 10% untuk tabung FUN. Tabung ini mesti dihabiskan setiap bulan.

Contoh,tabung ini kita gunakan untuk raikan diri sendiri, nak belanja anak-anak makan KFC ke..terpulanglah...

# Tabung 6

EDU - Tabung pendidikan untuk diri sendiri,

Contoh nak pergi seminar sebab nak tambah ilmu atau beli buku ilmiah. Kita peruntukkan tabung ini sebanyak 10% drpd gaji/pendapatan yang kita dapat.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat kita praktikan.
Saya juga baru nak praktikan ilmu kewangan ini...inilah yang dinamakan "MONEY GAME'

Semoga kita BERJAYA.
Semoga kita menjadi KAYA dan BERJAYA.

Arbayah Aris
017 2273857




Tiada ulasan:

Catat Ulasan