Selasa, 16 Disember 2014

KEBAIKAN GARLIC SHAKLEE

JOM KENALI GARLIC SHAKLEE.
Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara ekslusif pd suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yg dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif).
 
Dwi teknologi digunakan utk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkn perisa her
banya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary & Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita.
 
Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yg menyamai dgn 2 ulas garlic segar.
 
Keistimewaan Garlic Shaklee
 

Dihasilkan secara ekslusif pd suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yg dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif)

 MANFAAT GARLIC:

  • Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
  •  Formulasi Shaklee yang unik.
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
  • Antibiotik Yg Selamat & Semulajadi - Selamat utk kegunaan jangka panjang utk m'pertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit spt selsema, batuk, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Menghalang Alergi - Spt hidung yg sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis 
  • Juga Mampu menentang bakteria 
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.*
  • Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
  • Mampu menurunkan kadar darah tinggi dan kolesterol
  • Mampu menyingkirkn toksin dari tubuh
  • Mampu menurunkan kadar Nitrosamine, pencetus kejadian sel kanser.
  • Menstabilkan Glukos di dlm tubuh kita
CARA MAKAN GARLIC SHAKLEE

 2 biji setipa hari selepas breakfast..mudah kan..

Bantu lah diri anda rawat keputihan daripada semakin melarat..dan berkemungkinan mambahayakan bayi dalam kandungan jika tidak dirawat dengan betul..jika anda masih mengalami masalah keputihan yang teruk jangan segan dan malu untuk berjumpa pakar sakit puan bagi mengatasi masalah anda..

MASALAH KEPUTIHAN IBU HAMIL. BAHAYA KEPADA BAYI??

Assalamualaikum....selamat petang semua.

Alhamdulillah, dapat group yang sangat-sangat membantu dalam masalah ibu hamil ni. Hari ni, kami dalam group Telegram Zero To Hero membincangkan masalah KEPUTIHAN dikalang ibu hamil.

Terasa nak share sedikit maklumat tentang KEPUTIHAN, apa puncanya dan bagaimana nak atasinya serta adakah ia bahaya kepada bayi yang dikandung.

Pengeluaran lendir atau keputihan yang keterlaluan juga boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

 KEPUTIHAN YANG DIALAMI OLEH IBU HAMIL

Bagaimana ianya terjadi?

Seorang rakan berkongsi pengalamannya semasa mengandung dahulu, katanya bila dia refer doktor, doktor memberitahu punca masalah keputihan adalah disebabkan ketidakstabilan hormon ibu hamil. (Rujuk Laman Web Dr. Zubaidi)

Menurut halaman Petua Nenek masalah keputihan adalah disebabkan jangkitan kuman di faraj dan kulit disekitarnya. Ia juga mungkin disebabkan kutu rambut yang menimbulkan kegatalan tersebut.

Adakah masalah keputihan ini bahaya kepada bayi yang dikandung?

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj. Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti jenis jangkitan pada faraj anda..Kemungkinan akan berlaku 2 sebab iaitu samada jangkitan fungal atau pun bakteria..Wanita hamil tidak semestinya dijangkiti fungal, tetapi juga kemungkinan dijangkiti bakteria pada kemaluan yang disebut sebagai Bacterial Vaginosis (bv).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur atau faraj bertukar kepada kemerahan, kegatalan atau kekeringan, mungkin anda mengalami jangkitan. Jangkitan ini mungkin disebabkan 2 punca samaada jangkitan bakteria iaitu Bacterial Vaginosis atau jangkitan fungus.

Jika tiada rawatan susulan , berkemungkinan ia memberi masalah kepada bayi.

Antaranya:
 1. Kelahiran Bayi Pra matang
 2. Jangkitan kuman pada air ketuban, uri dan bayi
 3. Bayi mempunyai masalah kulit
 4. Bayi mempunyai masalah mata



Bagaimana Cara atasi Masalah Keputihan ini?

1. Jika anda merujuk kepada doktor atau klinik kesihatan, pihan klinik akan memberi anda sejenis cecair sintetik.

2. Produk Shaklee yang dicadangkan ialah  Garlic Shaklee. Antara kebaikannya anda boleh baca link dibawah. Garlic Shaklee.

Alhamdulillah, yang mengalami masalah keputihan telah mengunkannya dan dapat atasi masalah tersebut.

3. Mengelakkan makan tembikai atau pun timun.

4. Jaga kebersihan bahagian sulit.

Jika anda mempunyai masalah keputihan dan mahu mengatasi masalah dengan Garlic Shaklee boleh hubungi saya.

Jangan malu-malu.

Pilihlah produk yang Semulajadi, Halal dan diyakini.

Hubungi saya:
Arbayah Aris (abby)
No.Telefon: 016 470 3499
Email: adeliahumaira@yahoo.com

Ahad, 14 Disember 2014

MAKANAN YANG DICADANGKAN UNTUK TINGKATKAN HB DARAH

Antara makanan untuk meningkatkan HB darah yang dicadangkan oleh para pengamal perubatan profesional ilah Sayur Bayam, kerang, hati, buah delima dan Buah kiwi.

Paling mudah dan cepat membantu ibu hamil naikkan HB ialah dengan makan sebiji atau 2 biji Vitalea sehari.

Vitalea Mempunyai 120biji dalam setiap botol.

 Buah kiwi

 Buah Delima

 Hati Ayam Goreng Kunyit (cadangan)

 Kerang Rebus @ masak rendang

Sayur bayam 

INFO MENGENAI BUAH KIWI



TIPS ATASI MASALAH HB RENDAH.

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya masa pregnant anak ke-2. Saya tak pasti kenapa waktu tu HB darah saya semakin lama semakin rendah.

Bila HB rendah, mulalah rasa letih dan mudah pening kepala. Pernah satu hari saya dan suami pergi Pasar pagi Bota. Lepas membeli keperluan harian saya dan suami balik, tiba-tiba saya rasa pening dan rasa nak pitam Hampir pitamlah juga. Suami suruh berehat sekejap. Rupa-rupanya memang HB rendah, bawah 10.

Sejak hari tu, doktor nasihatkan saya banyakkan makan makanan yang boleh meningkatkan darah.

Antaranya sayur bayam, hati, kerang. Ada juga rakan-rakan yang mencadangkan makan buah kiwi dan buah delima. Memang semua saya pulun makan...setiap masa lah.

Sayur bayam untuk atasi masalah HB rendah.

Tapi bila check semula HB darah saya hanya naik sedikit. makin saya risau. Sebab banyak kesan kepada ibu dan bayi yang dikandung jika HB kita rendah.

Lepas tu saya kenal produk Shaklee. Ada seorang kawan mencadangkan saya mengambil Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitalea (untuk naikkan HB yang rendah), B Complex. ESP dan juga Ostematrix.

Alhamdulillah, sejak mengambil Set Kehamilan tu, saya dah tak rasa letih-letih dan mudah pitam. HB darah pun dah normal.

Syukur, alhamdulillah.

Apa yang BESTNYA Set Kehamilan ni ialah ia boleh terus diambil selepas bersalin. Kiranya terus continue makan lah. Tak perlu membazir dan nak buang kan. Jimat duit.

Jika anda menghadapi masalah yang sama dengan saya, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat. Nak saya poskan Set Kehamilan ini juga pun boleh.



Jangan malu ye, saya ikhlas membantu anda ibu hamil sihat dan dapat menjalankan kehidupan yang cergas dan bersemangat.

Jika Berminat hubungi:
Arbayah Aris (Abby)
sms/whatsapp 016 4703499
# Khidmat Nasihat PERCUMA

Selasa, 9 Disember 2014

PENGEDAR BEBAS SHAKLEE SERI ISKANDAR DAN BOTA, PERAK

Assalamualaikum...

Saya ingin perkenalkan diri saya sebagai Pengedar Bebas Shaklee di Seri Iskandar, Perak. Ia merangkumi kawasan Bandar Universiti, Taman Maju, Puncak Iskandar dan juga Taman Gemilang.

Bandar Seri Iskandar

 Bandar Universiti





Selain itu, saya juga Pengedar Shaklee untuk kawasan Bota dan Titi Gantong, Perak.

Antara Set Shaklee Yang selalu mendapat order dari customer ialah:

1. Set Ibu Hamil
2. Set Berpantang
3. Set Menyusu
4. Set Kesihatan Optimal
5. Set Sendi
6. Set Darah Tinggi
7. Set Kencing Manis
8. Set Kawal Kolestrol
9. Set kurus
10 Set Tambah berat Badan
11. Set Anak Pintar dan Sihat

Untuk sebarang pesanan anda bolehlan:

Hubungi Arbayah Aris (Abby) samaada melalui
~email: adeliahumaira@yahoo.com
~call/sms: 016 470 3499

~PERCUMA COD Seri Iskandar dan BOTA
~PERCUMA Konsultansi/khidmat Nasihat kesihatan

JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH UNTUK AWET MUDA ????

Assalamualaikum...Selamat pagi semua...semoga ceria-cera selalu..


Ingat tak mak kita selalu pesan "jangan tidur selepas subuh?"

Sebab apa yek...

Pi balik tanya mak semula kenapa tak boleh tidur selepas subuh...Heheheee...


Hari ni saya nak share 5 S Tips Segar Sepanjang Pagi...

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Jika kita amalkan 5S ini, Insya Allah manfaatnya akan kita rasakan :

1) Subuh.
Jangan sesekali tinggal solat Subuh dan lebih elok, setelah selesai bersolat, terus berwirid dengan bacaan zikir, Ma'thurat atau membaca al-Quran.


2) Senaman.
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.


3) Sembang.
Rupanya borak-borak pun boleh menghilangkan mengantuk. Selalu juga bersembang kalau ada sahabat yang turut tidak tidur selepas subuh. Tapi jangan pula sembang benda-benda yang lagha seperti mengumpat. Nanti pagi-pagi lagi sudah kumpul dosa.


4) Sapu rumah atau sampah.
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu bentuk senaman.


5) Selesai atau Sempurna.
Pastikan semua yang kita buat itu semuanya selesai. maklumlah, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergilah cari penyapu, konon-konon nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.


Tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia benar-benar berkesan. Ada 2S ekstra yang boleh dilakukan untuk elak rasa mengantuk dan tidur selepas subuh, iaitu :
 
1) Segarkan diri (mandi).
Bila tubuh dah segar secara tak langsung, kita akan rasa semangat, tidak banyak pun sikit.


2) Study atau Siapkan kerja yang tidak siap.
Masa inilah kita boleh ambil peluang selesaikan tugasan yang belum selesai.
Apa ditunggu lagi, diucapkan selamat beramal dan jika ingin wajah berseri atau pun awet muda, jangan amal tidur lepas waktu solat Subuh.

Semoga ia bermanfaat dan Selamat beramal.

# sumber FaceBook Norasmah Hashim

Sabtu, 6 Disember 2014

MY DREAM COME TRUE

hoho...

Assalamualaikum semua...
Nak share cerita dengan anda semua, selepas saya mengenali leader yang hebat dalam Shaklee, mereka menggalakkan saya untuk menulis 101 impian.

Bila join Program Dr.Azizan Osman, IMKK (Insentif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan), Doc juga menyuruh kami menulis 101 impian. Kata DAO impian kita perlu ditulis, kalau tidak ia akan menjadi angan-angan.

Salah 1 impian yang saya tulis ialah untuk organize Family Day Keluarga Hj Aris dan Hajah Mordeka. (iaitu Abah dan Mak saya).

Family Day untuk kumpulkan adik-beradik dan anak buah. Happy-happy together. Tujuannya untuk merapatkan hubungan kami anak beranak. Yelah masing-masing dah ada family sendiri, dah ada komitmen sendiri. Jarang dapat berkumpul beramai-ramai kecuali pada Hari raya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt impian saya telah tercapai bila pada tarikh 29 November 2014, kami adik beradik seramai 6 orang (kakak sulung tak dapat join atas sebab tertentu) dan Mak Abah bersama 10 orang anak buah dapat berkumpul di Homestay Len DVillage, Merlimau Melaka.


Tempatnya cantik dan rumah banglo yang mempunyai ciri-ciri traditional dan moden.

Antara aktiviti yang kami buat ialah mandi-manda. Kebetulan kami memang cari homestay yang ada swimming Pool.


Aktiviti BBQ juga kami buat. Kat homestay ni ada disediakan tempat pembakar dan juga arang.



Sebelum kami balik, sempat juga bergambar kenangan kat homestay ni...2 hari 1 malam timbul pula impian nak ada homestay atau ISTANA HINGGAP macam ni...huhu...semoga tercapai impian saya. (terus tulis dalam wishlist saya..pisyoo!!!)


Semoga tahun depan dan tahun-tahun seterusnya aktiviti tahunan Family Day Keluarga Hj.Aris dan Hajah Mordeka dapat diteruskan.

So, sekarang dah boleh cari-cari tempat yang sesuai untuk buat Family Day.

Ada yang berminat nak tahu tentang maklumat Homestay Len DVillage, Merlimau Melaka ni boleh lah lawat Blog ini http://homestaymlimau.blogspot.com/

Swimming Pool lebih private sebab hanya ada 1 buah rumah banglo dan 2 rumah jenis chalet. So kalau datang dengan keluarga yang besar pool tu dah jadi private untuk family kita.

Sharing Is Loving
Arbayah Aris

Jumaat, 5 Disember 2014

VITAMIN C SHAKLEE DAN ESP BAHAYA??? Awas jika anda mengambilnya!!!

Bahaya ke bila ambil Vitamin C Shaklee ni?

Ada yang kata "Akak, bahaya lah kak ambil vitamin C Shaklee. Boleh bagi kesan pada kita."

Memanglah dik, makan vitamin C shaklee memang ada kesan. kalau tak ada kesan tak ada lah jadi HOT SUPPLIMENT. Tapi KESAN YANG BAIK...

Kesan apa tu?

Mai akak tunjuk TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE dan ESP.

 Lihatlah perbezaan wajah kawan saya ni. Dulu wajahnya kusam, berminyak dan dah macam pekerja binaan. Dulu penuh jerawat pasir.

Tapi sekarang wajahnya makin jelita, bersih, berseri dan yang paling BEST suaminya sendiri puji dia dah cantik dan kulit muka dah halus.

Kadang-kala orang yang selalu kita tengok susah nak nampak perubahan muka ataupun fizikal. Tapi suami kawan saya ni boleh nampak PERUBAHAN YANG POSITIF walaupun hari-hari berjumpa.


RAHSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA....

Kan dah terbongkar muka-muka yang cantik berseri ambil apa kan...
Hanya Vitamin C Shaklee dan juga ESP yang diambil secara konsisten.

Gabungan MANTOP untuk Kulit yang Cantik dan Halus serta Berseri.


KEBAIKAN VITAMIN C.




 Bagimana nak dapatkan Vitamin C dan ESP atau pun apa-apa Suppliment/produk Shaklee?

Caranya sama ada Pesanan melalui E-mail saya (adeliahumaira@yahoo.com)
atau call/sms/whatsapp/telegram 016 4703499

Promosi Bulan Disember : 
1. Vitamin C Shaklee Buy 6 Free 1 @ buy Twin Pack get 5% extra discount
2. Vitamin E Buy 6 Free 1 @ Buy Twin Pack get 5% extra discount


Jumaat, 7 November 2014

Perhhh...Fakta MENARIK tentang OMEGA GUARD.

Assalamualaikum semua...rasanya 3 bulan kebelakangan ni, September Oktober dan November Shaklee bagi PRPMOSI yang super awesome!!!

Memang Shaklee sayang pengguna dan ahli yang setia.

Bulan Setember dan Oktober bulan Promosi Meal Shake, Setiap pembelian 3 tong meal Shake akan mendapat 1 tong percuma. Cer kira jika anda telah daftar menjadi ahli...murah giler-giler kan.

Bulan November pula PROMOSI BERGANDA juga.
 ~ Setiap pembelian 6 Omega Guard akan mendapat 1 percuma
~ Pembelian Twin Pack mendapat extra 5% diskaun.

Banyakkan anda menjadi ahli. Dah lah dapat harga ahli yang super duper murah...dapat lagi 5% diskaun...Untung ke untung?

So kat sini saya nak cerita sikit tentang Kebaikan OMEGA GUARD ni:


a) Omega Guard mengurangkan penyakit jantung
-membantu mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
-mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu
-mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat
-mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini

b) Omega Guard mencegah saluran darah dan pembekuan darah
-mengurangkan risiko darah beku
-mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
-mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki

c) Omega Guard membantu mengurangkan paras kolestrol
- mengurangkan paras asid lemak bebas dalam darah yang mempunyai kaitan yang kuat dengan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung

d) Omega Guard mengurangkan Strok (Ahmar)
-mengurangkan risiko mendapat strok sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic

e) Omega Guard mengurangkan penyakit darah tinggi
-mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
-mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi

f) Omega Guard mengurangkan keradangan 
-mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi
-mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn's
-memberi kesan positif dalam pesakit SLE
-memberi kesan positif dalam penyakit asma
-memberi kesan positif dalam masalah kulit Ekzema dan atopic dermatitis

g) Omega Guard membantu perkembangan otak kanak-kanak
-membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak
-kanak-kanak yang kekuranan Omega 3 mengalami masalah tumbesaran otak dan perkembangan minda

h) Omega Guard mencegah kanser
-mengurangkan risiko kanser payu dara
-mengurangkan risiko kanser usus besar
-mengurangkan risiko kanser prostat

g) Omega Guard mengawal masalah psikiatri dan mental
-membantu masalah depresi
-membantu mengurangkan kerisauan melampau
-membantu permasalahan Schizophrenia
-membantu mengurangkan Dementia
-memberi kesan positif dalam masalah Alzheimer

h) Omega Guard membantu memberi kesan positif terhadap senggugut

Jadi jika ingin mendapatkannya. Pastinya saya akan beri PERKHIDMATAN yang TERBAIK.
Penghantaran SEGERA. Sampai seawal 1 hari selepas order.

Jika COD kawasan Seri Iskandar dan Bota, Perak. Penghantaran PERCUMA.
Serta konsultansi juga PERCUMA.

Rabu, 5 November 2014

KISAH ABAH 1

Assalamualaikum... hari ni mood nak tulis tentang abah. saya saja nak share tentang kehidupan abah di kampung.

Sebenarnya saya ada tulis kisah abah di Facebook dan yang tidak saya sangka ada yang seronok baca tentang abah saya ni.

Nama abah Haji Aris Bin Sidin. Abah bagi saya seorang yang kuat bekerja.

Masa muda abah orang susah. Masa kahwin dengan mak abah tak ada kerja tetap. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mak oang senang juga. Atok Bah (abah mak) tak kisah jodohkan mak dengan abah yang susah, katanya janji orangnya akhlak yang baik dan boleh jaga mak. Kiranya mak dan abah bercinta selepas kahwin. Abah cerita masa kahwin pun abah tak ada harga, belanja kahwin semua abang abah yang sediakan.

Lepas kahwin dengan mak, abah merantau dari Muar, Johor ke Rompin, Pahang. Abah buka tanah kat Rompin. Mak juga ada cerita masa tu memang susah, makan susah. Sampaikan kakak sulung masa kecil hanya minum air teh je. Susah nak beli susu. Mak memang tak tahan tapi mak sabah sebab Atok Bah sentiasa bagi sokongan. Atok Bah selalu datang Rompin dan bagi duit sikit untuk keperluan mak. Time Tok Bah datang time tulah mak merasa makan best sikit.

Kat Rompin abah menanam padi, sayur-sayuran dan tembikai. Abah cerita, abah menangis sebab pertama kali pegang duit RM1000 hasil jual tembikai. Abah memang berbakat menanam macam-macam pokok.

Biasalah kerja kampung kadang-kadang ada duit kadang-kadang tak ada. Atok (mak abah) duduk dekat dengan rumah mak dan abah. Atok lah yang banyak membantu mak dan abah.

Mak fikir jika masih duduk di kampung, taraf ekonomi tetap sama, Kerja susah2 tapi hasilnya tak seberapa. Lepas tu, mak sendiri yang mohon masuk Rancangan Felda di Pahang. Mak kata mak tak nak selamanya susah. Masa tu mak dah ada 2 anak, along dan angah.

Alhamdulillah, mungkin rezeki dapat anak ke 3 abah dan mak dapat masuk Rancangan Felda di Keratong. Zaman dulu memang tanah merah lagi. Hidup tu memang susah juga tapi jika rajin insyaallah lebih yang abah dapat.

Masuk Rancangan Felda, Abah dan mak diberi sebuah lot tanah dan rumah. Dan abah juga dapat 10 ekar tanah kelapa sawit. Syukur alhamdulillah, cuma permulaan mesti kena susah dulu. Ibaratnya menanam benih dan kemuadian baru dapat hasilnya.

Mula-mula abah hanya pakai basikal. Selepas tu baru abah beli motor cup honda. Hehe...merasa juga abah pakai honda walaupun hanya motosikal.

Alhamdulillah, bertambah lagi harta abah. Anak-anak, rumah dan motor.

Saya ingat kali pertama abah beli kereta tahun 1990 masa tu saya darjah 4. Kereta pertama abah kereta 'Wegen'....

Sikit demi sedikit kehidupan abah dan mak serta anak-anak berubah. Kereta abah tu memang banyak berjasa...

oklah. habis 1 part cerita abah...nanti saya sambung lagi.

THE MORAL OF STORY: 

1. Berani berubah untuk sebuah kejayaan, andai kata abah dan mak tak berusaha nak berubah maybe kami masih lagi duduk di kampung.

Salam Sayang.
Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499


Selasa, 4 November 2014

TABIAT ORANG KAYA

Bersama Shaklee Bersama Group yang Hebat Bersama Orang-orang yang beraura POSITIF dan HEBAT.

Setiap hari pasti kami berkongsi tips dan motivasi untuk berjaya.

Bila ada rakan2 dan leader yang beri sokongan kita tak akan mudah putus asa.

Oklah disini saya nak Share sikit tentang TABIAT ORANG KAYA atau  SUCCESS RITUAL

Orang kaya ada tabiat..tabiat itulah yang memandu mereka kepada kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka pada hari ini.

Seperti kita maklum, tabiat adalah satu proses pembentukan diri. Kita mencipta satu acuan untuk menjadikan diri kita siapa yang kita ingin jadi. Contohnya, orang yang mahu kurus membentuk tabiat untuk menjadi seorang yang kurus. Ia tidak berlaku semalaman dan mengambil masa. Berapa lama yang perlu diambil bergantung kepada kita sendiri. Namun ada rahsianya untuk membentuk tabiat
dengan mudah.

Sebelum tu nak kongsikan sedikit apa itu tabiat. Tabiat adalah sangat-sangat PENTING. Saya pun baru sedar The Power Of Tabiat(success ritual) ni. 

Ia dikatakan tabiat apabila kita melakukannya secara OTOMETIK tanpa perlu berfikir atau membuat keputusan. Contohnya, perjalanan kita ke tempat kerja sehari-hari. Kita cuma memandu tanpa perlu rujuk pada navigation atau melakukan penaakulan arithmetik(matematik untuk
membuat keputusan) dalam kepala kita. Kita tak perlu fikirkan nak belok ke simpang mana. Otak kita akan memandu tangan  kita untuk mengemudi stering kereta kita secara "auto pilot" kesedaran(conscious mind) kita tak perlu masuk campur pun  dalam urusan itu kerana ia adalah tabiat dan berlaku secara otometik. 

Bayangkan jika kita ada tabiat orang kaya pula...maksudnya,  otometik otak dan badan kita bekerja untuk jadikan kita orang kaya. Kita tak perlu pening-pening pun. Bila tabiat dah ada, urusan yang kita perlu buat itu akan dirasakan begitu mudah. Malah Islam dah ajar kita untuk membentuk tabiat dari kecil lagi. Kita diajar berwuduk, solat fardhu 5 waktu, mengaji al-Quran setiap hari, berpuasa
sebulan setiap tahun bila ditanya oleh non-Muslim, tak susah ke buat semua tu?
Muslim yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam pasti cuma tersenyum dan menggeleng-geleng. 

Ia adalah tabiat, tak susah langsung.Bila tak buat baru kita rasa susah..tak senang duduk, macam
ada yang tak kena atau tak sempurna. OK, next kita akan kupas mengenai WHAT dan HOW.
"Kualiti tabiat kita, menentukan kualiti hidup kita."Setuju? Bagi diri saya, saya tak dapat nak bangkang pun .

Tabiat Kewangan Orang Kaya

1. SANGAT FOKUS
Orang kaya apabila mulakan sesuatu, mereka akan buat
sampai habis. Mereka takkan mudah terganggu atau
terpengaruh dengan distractions(gangguan).

2. MATLAMAT JELAS

Orang kaya tahu apa yang mereka buat dan kenapa
mereka lakukan rutin itu. Mereka sangat jelas objektif
pembentukan tabiat mereka, oleh itu mereka tidak
akan mudah-mudah membiarkan diri mereka tersasar
dari tabiat mereka.

Contoh tabiat : Masuk 10 group Facebook untuk buat
pemasaran antara 8 hingga 9 pagi SETIAP HARI.
kalau tak fokus, kita akan "ditarik masuk ke dunia
lain" dan "buat kerja lain"
kalau takde matlamat yang jelas, kita mula tidak
pasti kenapa kita PERLU buat begini setiap hari dalam
masa 1 jam, kita akan goyah dan cuba bentuk tabiat
lain pula, malah kita akan hilang fokus sehingga
"hilang 2 jam tanpa sedar" sebab buat perkara lain dari
matlamat asal.
 

Cara Mudah Membentuk Tabiat
4 syarat membentuk tabiat dengan MUDAH.

1. Wujudkan hanya SATU tabiat baru pada satu-satu
masa.
-Selagi tabiat pertama yang ingin dibentuk belum
terbentuk, elakkan membentuk tabiat lain.

2. Pastikan tabiat pertama kita MUDAH dibuat
-Benda yang mudah akan mudah untuk diulang.
Bila ia sudah diulang, ia akan jadi tabiat.

3.Mulakan tabiat itu SEKARANG, atau ESOK(paling lambat)
-Elakkan bertangguh kerana pembentukan tabiat
tidak boleh ditangguhkan. Apabila sudah buat
keputusan nak bentuk tabiat yang mana, kita
teruskan sekarang.

4. KEKAL pada perancangan
Jika kita pilih untuk kerja 1 jam di antara pukul
8-9 pagi setiap hari, jangan set appointment pada
waktu tersebut. Jangan terima panggilan telefon.
Masuk bilik di mana tiada gangguan, tutup pintu.
Jangan sesekali membenarkan faktor luar
mengganggu gugat pembentukan tabiat kita.
=====
Diolah oleh Ratu bersumberkan artikel oleh Faisal Abdullah

selamat membaca.

Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499

Ahad, 2 November 2014

APA???OMEGA GUARD MURAH DARIPADA BIASA!!!!!

Wow...macam tak percaya jer bulan NOVEMBER bulan paling happy buat pengguna OMEGA GUARD. Bukan itu sahaja, insentif yang Shaklee beri kepada SID yang menunjukkan performance yang bagus menunjukkan keprihatinan Shaklee.

dan menghargai SID dan pengguna produk Shaklee.

Sekarang nak cerita pasal 2 kegembiraan yang diberi oleh Shaklee pada bulan November 2014 ni.

Setiap pembelian 6 botol Omega akan mendapat 1 botol PERCUMA. Best kan....

Yang ke 2 ialah Shaklee mengeluarkan TWIN PACK Omega Guard. Setiap pembelian Pek berkembar ni anda akan dapat 5% diskaun. Itu yang Shaklee bagi. Mereka yang menjadi pelanggan saya, saya juga akan beri 10% lagi diskaun. So total semua sekali 15% diskaun.

Jom tengok siapa yang perlukan Omega Guard.

1. Mereka yang nak KURUS
2. Penghidap Kanser
3. Pesakit jantung dan Darah tinggi
4. Penghidap asthma atau lelah
5 Penghidap Gaut
6. Kanak-kanak dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan
7. Penghidap Migrain
7. Penghidap Sakit sendi






PROMOSI OMEGA GUARD
>> BUY 6 FREE 1
>>TWIN PACK- 5% DISCOUNT

SET OMEGA GUARD:
1. Set Ibu Hamil
2. Set Kanak-kanak Pintar dan Sihat
3. Set Gaut
4. Set Sendi
5. Set Slim
6. Set Penghidap darah Tinggi

Untuk dapatkan HARGA TERMURAH sila PM/SMS saya di talian 016 470 3499
atau contact melalui FB: Arbayah Aris

Sharing Is Loving
Arbayah Aris


Sabtu, 1 November 2014

JERUK ASAM BOI MEMANG MELETOPPP!!!

Dah jadi fenomena pula kan jeruk asam boi ni. Dalam facebook semua orang dah cuba. Sebab senang je nak buatnya. Ada yang Abby tengok ada siap buat bisnes lagi.

Jadi Abby juga tak ketinggalan nak mencuba juga. Mula-mula hari tu buat Projek Jeruk Asam boi ni kat sekolah...ramai-ramai pakat merasa le..

RESEPI JERUK ASAM BOI
 
Balik rumah Abby try sendiri. Perhhhhh...memang sodap...my husband yang mula-mula tak nak, berulang-ulang makan tu..

Siap tanya "Masam tak yang?"

"try lah dulu." nampak sangat tak suka masak

Rasanya ada masam, manis, masin dan pedas sikit.

 Mangga yang disedekahkan oleh kawan kat sekolah. Terima Kasih banyak-banyak Kak Mam...katanya kat rumahnya berlambak-lambak. daripada terbuang lebih baik bagi kat orang.

 Mangga yang muda tu dihiris-hiris. dan campur gula, garam sedikit, potongan lada dan juga bahan yang penting asam boi..

Taaa....daaa....dah siap pun..letak dalam peti ais. tunggu sejuk. Terus boleh makan, Sedaappppp tu. Sejuk-sejuk makan memang sedap.

kalau dah tak sabar nak makan, lepas buat terus makan pun boleh,

Oklah. Selamat mencuba.....

Sharing Is Loving
Abby a.ka Arbayah Arisa
Shaklee Independent Distributor
COD: Seri Iskandar dan Bota

Selasa, 7 Oktober 2014

PANDUAN IBUBAPA: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Allah swt memberi kesempatan waktu untuk saya berkongsi Cara Mudah Mengajar Anak Membaca.

Ini yang saya telah buat kepada Adelia Humaira, 5 tahun. Dia boleh membaca lancar seawal usia 4 tahun.

Antara buku yang telah saya gunakan ialah BUKU BACALAH ANAKKU, terdapat 8 buah buku semuanya.

Buku yang begitu berkesan.

Cara saya membantu Adelia membaca:

Cara 1: MEMBACA 5 - 10 MINIT TETAPI KERAP

Saya akan pastikan setiap hari Adelia akan membaca. Waktu membaca antara 5 hingga 10 minit sahaja. Pada hari persekolahan 2 kali sehari iaitu pada waktu petang/malam dan waktu pagi.

Waktu pagi saya akan hantar Adelia ke sekolah awal, sambil tunggu teacher datang saya sempat ajar Adelia membaca. Pada waktu petang pula, sambil Adelia menonton TV atau bermain saya akan panggil dia untuk membaca. Cuti sekolah lagi kerap Adelia membaca, antara 4 hingga 5 kali.

Jika pergi keluar berjalan-jalan atau balik kampung saya juga akan ajar Adelia membaca dalam kereta. Jika tak ada aktiviti dalam kereta mulalah Adelia buat perangai...bergaduh dengan adik Auni. Sekurang-kurangnya masa berada dalam kereta dimanfaatkan.

Cara 2 : BANYAKKAN MEMUJI

Bukan mudah nak terapkan kerajinan anak-anak kecil untuk minat membaca. Ada kala sikap malas menguasai...biasalah bila dah asyik bermain bila ajak membaca mulalah malas..sakit perutlah macam-macam halnya.

Apa yang saya buat, saya banyakkan memuji. Beri kata-kata semangat. Contohnya "Adelia kan rajin...nak jadi anak solehah kena pandai baca."

Semasa Adelia membaca, saya akan sebut perkataan 'pandai' berulang-ulang....habis 1 ayat saya cakap "pandai Adelia!!" Cara itu akan membuatkan Adelia lagi rajin membaca. Jika anak tak bersedia atau sedang menonton  kartun kesukaan saya tak akan paksa dia baca. Tapi saya akan pesan "lepas tengok TV, Adelia baca yer." Alhamdulillah, dia akan ikut.

Pandai..pandai...pandai...berulang kali. Biar perkataan 'pandai' tersemat dalam otak. Teknik kuasa minda bawah sedar.


Cara 3: LUKIS GAMBAR DAN PERKATAAN

Saya beli buku lukisan dan lukis gambar yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. (untuk permulaan lukis gambar dan perkataan suku kata terbuka)

Contoh: Gigi, kaki, mata, baju dan lain-lain.

Sambil membaca perkataan tersebut boleh suruh anak-anak mewarna. (ibu bapa jangan malu nak lukis, asalkan ada rupa gigi jadilah, lagipun anak-anak aje yang tengok)

Cara 4: TAMPAL PERKATAAN DI DINDING

Lagi 1 cara yang saya lakukan ialah menampal perkataan suku kata terbuka dan tertutup di dinding. Di rumah saya tampal pada dinding bilik dan pintu stor. Jadi sambil bermain, anak-anak boleh melihat perkataan dan membaca perkataan tersebut.

Cara 5: RAJIN PERGI KEDAI BUKU DAN RAJIN BELI BUKU

Ini memang habit saya. Pergi kedai buku dan beli buku. Saya ni gila buku.

Jadi bila pergi ke kedai buku belikan buku yang sesuai mengikut tahap anak-anak. Contoh pada permulaan kita belikan buku yang mempunyai perkataan yang mudah-mudah dahulu. Barulah yang lebih banyak perkataan dan cerita yang panjang. Kalau mula-mula dah banyak perkataan, sukar anak-anak nak membaca. Otak mereka dah keliru. Ini yang menyebabkan mereka cepat bosan.

Cara 6: BUAT RUANG MEMBACA YANG MENARIK DAN SELESA

Buat ruang membaca yang menyeronokkan. Buat perpustakaan mini. Secara tidak langsung dapat memupuk anak-anak rajin membaca. Kalau rumah saya selain bilik membaca @ perpustakana mini, di ruang tamu memang bersepah dengan buku-buku. Biar bersepah sikit asalkan anak-anak rajin baca buku. Bila fening tengok rumah bersepak, boleh ajak anak-anak mengemas. Belajar mengemas pula.





Semoga cara yang telah saya kongsikan ini memberi manfaat untuk ibubapa semua.
Yang baik wajar dicontohi yang tidak baik boleh abaikan

Sharing Is Loving
ARBAYAH ARIS
Mama Adelia Humaira & Auni Al Husna

Cara Kreatif Gunakan Bekas Meal Shake

Assalamualaikum....Hari ni nak kongsi sedikit tentang KITAR SEMULA menggunakan BEKAS MEAL SHAKE.


Sebenarnya bekas isian Meal Shake yang telah kosong tak perlu dibuang.

Kita boleh gunakan secara kreatif bekas tersebut.

Contohnya buat bekas letak alat tulis.

Inilah contoh yang telah saya buat...cantik kan...so jimat duit nak beli bekas alat tulis di pasaran.



CARA MEMBUAT BEKAS PENSIL DARIPADA BEKAS MEAL SHAKE.




1. Basuh sehingga bersih bekas meal shake. Keringkan atau lap bekas tersebu

2. Gunakan kertas berwarna (colourful paper) untuk menutup bekas meal shake tadi. Gunakan warna kesukaaan anda. Warna pelangi pun cantik juga kan...(warna fevorite Humaira)


3.Gunting kertas berwarna tadi mengikut saiz bekas meal shake. Kemudian tampal sama ada menggunakan gam UHU atau gam lilin (macam pistol tu)

4. Kita boleh tambah assesori pada bekas tersebut seperti reben, manik, butang dan sebagainya..



5. Taa...daaa...dah siap pun. Sekarang bekas meal shake telah bertukar wajah. Bolehlah letak alat tulis dan sebagainya. Saya pula letak warna anak-anak tersayang. Mudah mereka mengambil dan mewarna.



Cantik ke cantik? Tentu semua terpikat kan....insyaAllah akan datang saya akan tunjukkan lagi apa yang boleh kita buat daripada bekas meal shake atau ESP yang sudah habis.

ok. Jumpa lagi....selamat mencuba...anda yang diluar sana tentu lagi kreatif....

Sharing Is Loving
Arbayah Aris

Jumaat, 19 September 2014

DOT-DOT GIFT


SEDANG MENCARI HADIAH UNTUK ORANG YANG ISTIMEWA?

Kami menawarkan perkhidmatan membungkus hadiah untuk orang yang teristimewa untuk anda.

Barangan/ hadiah adalah berupa produk SHAKLEE yang telah dibungkus dan dihias bertemakan POLKADOT.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dot-Dot gift

For someone Special In Your Heart



Birthday Gift

Mother’s Day Gift

father’s Day Gift

New Born Gift


Teacher’s Day Gift

Women’s Day Gift

Weeding’s Day Gift 

Set Yang Dicadangkan.
>>>>KLIK DISINI