Selasa, 7 Oktober 2014

PANDUAN IBUBAPA: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Allah swt memberi kesempatan waktu untuk saya berkongsi Cara Mudah Mengajar Anak Membaca.

Ini yang saya telah buat kepada Adelia Humaira, 5 tahun. Dia boleh membaca lancar seawal usia 4 tahun.

Antara buku yang telah saya gunakan ialah BUKU BACALAH ANAKKU, terdapat 8 buah buku semuanya.

Buku yang begitu berkesan.

Cara saya membantu Adelia membaca:

Cara 1: MEMBACA 5 - 10 MINIT TETAPI KERAP

Saya akan pastikan setiap hari Adelia akan membaca. Waktu membaca antara 5 hingga 10 minit sahaja. Pada hari persekolahan 2 kali sehari iaitu pada waktu petang/malam dan waktu pagi.

Waktu pagi saya akan hantar Adelia ke sekolah awal, sambil tunggu teacher datang saya sempat ajar Adelia membaca. Pada waktu petang pula, sambil Adelia menonton TV atau bermain saya akan panggil dia untuk membaca. Cuti sekolah lagi kerap Adelia membaca, antara 4 hingga 5 kali.

Jika pergi keluar berjalan-jalan atau balik kampung saya juga akan ajar Adelia membaca dalam kereta. Jika tak ada aktiviti dalam kereta mulalah Adelia buat perangai...bergaduh dengan adik Auni. Sekurang-kurangnya masa berada dalam kereta dimanfaatkan.

Cara 2 : BANYAKKAN MEMUJI

Bukan mudah nak terapkan kerajinan anak-anak kecil untuk minat membaca. Ada kala sikap malas menguasai...biasalah bila dah asyik bermain bila ajak membaca mulalah malas..sakit perutlah macam-macam halnya.

Apa yang saya buat, saya banyakkan memuji. Beri kata-kata semangat. Contohnya "Adelia kan rajin...nak jadi anak solehah kena pandai baca."

Semasa Adelia membaca, saya akan sebut perkataan 'pandai' berulang-ulang....habis 1 ayat saya cakap "pandai Adelia!!" Cara itu akan membuatkan Adelia lagi rajin membaca. Jika anak tak bersedia atau sedang menonton  kartun kesukaan saya tak akan paksa dia baca. Tapi saya akan pesan "lepas tengok TV, Adelia baca yer." Alhamdulillah, dia akan ikut.

Pandai..pandai...pandai...berulang kali. Biar perkataan 'pandai' tersemat dalam otak. Teknik kuasa minda bawah sedar.


Cara 3: LUKIS GAMBAR DAN PERKATAAN

Saya beli buku lukisan dan lukis gambar yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. (untuk permulaan lukis gambar dan perkataan suku kata terbuka)

Contoh: Gigi, kaki, mata, baju dan lain-lain.

Sambil membaca perkataan tersebut boleh suruh anak-anak mewarna. (ibu bapa jangan malu nak lukis, asalkan ada rupa gigi jadilah, lagipun anak-anak aje yang tengok)

Cara 4: TAMPAL PERKATAAN DI DINDING

Lagi 1 cara yang saya lakukan ialah menampal perkataan suku kata terbuka dan tertutup di dinding. Di rumah saya tampal pada dinding bilik dan pintu stor. Jadi sambil bermain, anak-anak boleh melihat perkataan dan membaca perkataan tersebut.

Cara 5: RAJIN PERGI KEDAI BUKU DAN RAJIN BELI BUKU

Ini memang habit saya. Pergi kedai buku dan beli buku. Saya ni gila buku.

Jadi bila pergi ke kedai buku belikan buku yang sesuai mengikut tahap anak-anak. Contoh pada permulaan kita belikan buku yang mempunyai perkataan yang mudah-mudah dahulu. Barulah yang lebih banyak perkataan dan cerita yang panjang. Kalau mula-mula dah banyak perkataan, sukar anak-anak nak membaca. Otak mereka dah keliru. Ini yang menyebabkan mereka cepat bosan.

Cara 6: BUAT RUANG MEMBACA YANG MENARIK DAN SELESA

Buat ruang membaca yang menyeronokkan. Buat perpustakaan mini. Secara tidak langsung dapat memupuk anak-anak rajin membaca. Kalau rumah saya selain bilik membaca @ perpustakana mini, di ruang tamu memang bersepah dengan buku-buku. Biar bersepah sikit asalkan anak-anak rajin baca buku. Bila fening tengok rumah bersepak, boleh ajak anak-anak mengemas. Belajar mengemas pula.





Semoga cara yang telah saya kongsikan ini memberi manfaat untuk ibubapa semua.
Yang baik wajar dicontohi yang tidak baik boleh abaikan

Sharing Is Loving
ARBAYAH ARIS
Mama Adelia Humaira & Auni Al Husna

Cara Kreatif Gunakan Bekas Meal Shake

Assalamualaikum....Hari ni nak kongsi sedikit tentang KITAR SEMULA menggunakan BEKAS MEAL SHAKE.


Sebenarnya bekas isian Meal Shake yang telah kosong tak perlu dibuang.

Kita boleh gunakan secara kreatif bekas tersebut.

Contohnya buat bekas letak alat tulis.

Inilah contoh yang telah saya buat...cantik kan...so jimat duit nak beli bekas alat tulis di pasaran.



CARA MEMBUAT BEKAS PENSIL DARIPADA BEKAS MEAL SHAKE.




1. Basuh sehingga bersih bekas meal shake. Keringkan atau lap bekas tersebu

2. Gunakan kertas berwarna (colourful paper) untuk menutup bekas meal shake tadi. Gunakan warna kesukaaan anda. Warna pelangi pun cantik juga kan...(warna fevorite Humaira)


3.Gunting kertas berwarna tadi mengikut saiz bekas meal shake. Kemudian tampal sama ada menggunakan gam UHU atau gam lilin (macam pistol tu)

4. Kita boleh tambah assesori pada bekas tersebut seperti reben, manik, butang dan sebagainya..



5. Taa...daaa...dah siap pun. Sekarang bekas meal shake telah bertukar wajah. Bolehlah letak alat tulis dan sebagainya. Saya pula letak warna anak-anak tersayang. Mudah mereka mengambil dan mewarna.



Cantik ke cantik? Tentu semua terpikat kan....insyaAllah akan datang saya akan tunjukkan lagi apa yang boleh kita buat daripada bekas meal shake atau ESP yang sudah habis.

ok. Jumpa lagi....selamat mencuba...anda yang diluar sana tentu lagi kreatif....

Sharing Is Loving
Arbayah Aris