Rabu, 5 November 2014

KISAH ABAH 1

Assalamualaikum... hari ni mood nak tulis tentang abah. saya saja nak share tentang kehidupan abah di kampung.

Sebenarnya saya ada tulis kisah abah di Facebook dan yang tidak saya sangka ada yang seronok baca tentang abah saya ni.

Nama abah Haji Aris Bin Sidin. Abah bagi saya seorang yang kuat bekerja.

Masa muda abah orang susah. Masa kahwin dengan mak abah tak ada kerja tetap. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mak oang senang juga. Atok Bah (abah mak) tak kisah jodohkan mak dengan abah yang susah, katanya janji orangnya akhlak yang baik dan boleh jaga mak. Kiranya mak dan abah bercinta selepas kahwin. Abah cerita masa kahwin pun abah tak ada harga, belanja kahwin semua abang abah yang sediakan.

Lepas kahwin dengan mak, abah merantau dari Muar, Johor ke Rompin, Pahang. Abah buka tanah kat Rompin. Mak juga ada cerita masa tu memang susah, makan susah. Sampaikan kakak sulung masa kecil hanya minum air teh je. Susah nak beli susu. Mak memang tak tahan tapi mak sabah sebab Atok Bah sentiasa bagi sokongan. Atok Bah selalu datang Rompin dan bagi duit sikit untuk keperluan mak. Time Tok Bah datang time tulah mak merasa makan best sikit.

Kat Rompin abah menanam padi, sayur-sayuran dan tembikai. Abah cerita, abah menangis sebab pertama kali pegang duit RM1000 hasil jual tembikai. Abah memang berbakat menanam macam-macam pokok.

Biasalah kerja kampung kadang-kadang ada duit kadang-kadang tak ada. Atok (mak abah) duduk dekat dengan rumah mak dan abah. Atok lah yang banyak membantu mak dan abah.

Mak fikir jika masih duduk di kampung, taraf ekonomi tetap sama, Kerja susah2 tapi hasilnya tak seberapa. Lepas tu, mak sendiri yang mohon masuk Rancangan Felda di Pahang. Mak kata mak tak nak selamanya susah. Masa tu mak dah ada 2 anak, along dan angah.

Alhamdulillah, mungkin rezeki dapat anak ke 3 abah dan mak dapat masuk Rancangan Felda di Keratong. Zaman dulu memang tanah merah lagi. Hidup tu memang susah juga tapi jika rajin insyaallah lebih yang abah dapat.

Masuk Rancangan Felda, Abah dan mak diberi sebuah lot tanah dan rumah. Dan abah juga dapat 10 ekar tanah kelapa sawit. Syukur alhamdulillah, cuma permulaan mesti kena susah dulu. Ibaratnya menanam benih dan kemuadian baru dapat hasilnya.

Mula-mula abah hanya pakai basikal. Selepas tu baru abah beli motor cup honda. Hehe...merasa juga abah pakai honda walaupun hanya motosikal.

Alhamdulillah, bertambah lagi harta abah. Anak-anak, rumah dan motor.

Saya ingat kali pertama abah beli kereta tahun 1990 masa tu saya darjah 4. Kereta pertama abah kereta 'Wegen'....

Sikit demi sedikit kehidupan abah dan mak serta anak-anak berubah. Kereta abah tu memang banyak berjasa...

oklah. habis 1 part cerita abah...nanti saya sambung lagi.

THE MORAL OF STORY: 

1. Berani berubah untuk sebuah kejayaan, andai kata abah dan mak tak berusaha nak berubah maybe kami masih lagi duduk di kampung.

Salam Sayang.
Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499


Tiada ulasan:

Catat Ulasan