Selasa, 4 November 2014

TABIAT ORANG KAYA

Bersama Shaklee Bersama Group yang Hebat Bersama Orang-orang yang beraura POSITIF dan HEBAT.

Setiap hari pasti kami berkongsi tips dan motivasi untuk berjaya.

Bila ada rakan2 dan leader yang beri sokongan kita tak akan mudah putus asa.

Oklah disini saya nak Share sikit tentang TABIAT ORANG KAYA atau  SUCCESS RITUAL

Orang kaya ada tabiat..tabiat itulah yang memandu mereka kepada kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka pada hari ini.

Seperti kita maklum, tabiat adalah satu proses pembentukan diri. Kita mencipta satu acuan untuk menjadikan diri kita siapa yang kita ingin jadi. Contohnya, orang yang mahu kurus membentuk tabiat untuk menjadi seorang yang kurus. Ia tidak berlaku semalaman dan mengambil masa. Berapa lama yang perlu diambil bergantung kepada kita sendiri. Namun ada rahsianya untuk membentuk tabiat
dengan mudah.

Sebelum tu nak kongsikan sedikit apa itu tabiat. Tabiat adalah sangat-sangat PENTING. Saya pun baru sedar The Power Of Tabiat(success ritual) ni. 

Ia dikatakan tabiat apabila kita melakukannya secara OTOMETIK tanpa perlu berfikir atau membuat keputusan. Contohnya, perjalanan kita ke tempat kerja sehari-hari. Kita cuma memandu tanpa perlu rujuk pada navigation atau melakukan penaakulan arithmetik(matematik untuk
membuat keputusan) dalam kepala kita. Kita tak perlu fikirkan nak belok ke simpang mana. Otak kita akan memandu tangan  kita untuk mengemudi stering kereta kita secara "auto pilot" kesedaran(conscious mind) kita tak perlu masuk campur pun  dalam urusan itu kerana ia adalah tabiat dan berlaku secara otometik. 

Bayangkan jika kita ada tabiat orang kaya pula...maksudnya,  otometik otak dan badan kita bekerja untuk jadikan kita orang kaya. Kita tak perlu pening-pening pun. Bila tabiat dah ada, urusan yang kita perlu buat itu akan dirasakan begitu mudah. Malah Islam dah ajar kita untuk membentuk tabiat dari kecil lagi. Kita diajar berwuduk, solat fardhu 5 waktu, mengaji al-Quran setiap hari, berpuasa
sebulan setiap tahun bila ditanya oleh non-Muslim, tak susah ke buat semua tu?
Muslim yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam pasti cuma tersenyum dan menggeleng-geleng. 

Ia adalah tabiat, tak susah langsung.Bila tak buat baru kita rasa susah..tak senang duduk, macam
ada yang tak kena atau tak sempurna. OK, next kita akan kupas mengenai WHAT dan HOW.
"Kualiti tabiat kita, menentukan kualiti hidup kita."Setuju? Bagi diri saya, saya tak dapat nak bangkang pun .

Tabiat Kewangan Orang Kaya

1. SANGAT FOKUS
Orang kaya apabila mulakan sesuatu, mereka akan buat
sampai habis. Mereka takkan mudah terganggu atau
terpengaruh dengan distractions(gangguan).

2. MATLAMAT JELAS

Orang kaya tahu apa yang mereka buat dan kenapa
mereka lakukan rutin itu. Mereka sangat jelas objektif
pembentukan tabiat mereka, oleh itu mereka tidak
akan mudah-mudah membiarkan diri mereka tersasar
dari tabiat mereka.

Contoh tabiat : Masuk 10 group Facebook untuk buat
pemasaran antara 8 hingga 9 pagi SETIAP HARI.
kalau tak fokus, kita akan "ditarik masuk ke dunia
lain" dan "buat kerja lain"
kalau takde matlamat yang jelas, kita mula tidak
pasti kenapa kita PERLU buat begini setiap hari dalam
masa 1 jam, kita akan goyah dan cuba bentuk tabiat
lain pula, malah kita akan hilang fokus sehingga
"hilang 2 jam tanpa sedar" sebab buat perkara lain dari
matlamat asal.
 

Cara Mudah Membentuk Tabiat
4 syarat membentuk tabiat dengan MUDAH.

1. Wujudkan hanya SATU tabiat baru pada satu-satu
masa.
-Selagi tabiat pertama yang ingin dibentuk belum
terbentuk, elakkan membentuk tabiat lain.

2. Pastikan tabiat pertama kita MUDAH dibuat
-Benda yang mudah akan mudah untuk diulang.
Bila ia sudah diulang, ia akan jadi tabiat.

3.Mulakan tabiat itu SEKARANG, atau ESOK(paling lambat)
-Elakkan bertangguh kerana pembentukan tabiat
tidak boleh ditangguhkan. Apabila sudah buat
keputusan nak bentuk tabiat yang mana, kita
teruskan sekarang.

4. KEKAL pada perancangan
Jika kita pilih untuk kerja 1 jam di antara pukul
8-9 pagi setiap hari, jangan set appointment pada
waktu tersebut. Jangan terima panggilan telefon.
Masuk bilik di mana tiada gangguan, tutup pintu.
Jangan sesekali membenarkan faktor luar
mengganggu gugat pembentukan tabiat kita.
=====
Diolah oleh Ratu bersumberkan artikel oleh Faisal Abdullah

selamat membaca.

Sharing Is Loving
Arbayah Aris
016 470 3499

Tiada ulasan:

Catat Ulasan