Selasa, 9 Disember 2014

JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH UNTUK AWET MUDA ????

Assalamualaikum...Selamat pagi semua...semoga ceria-cera selalu..


Ingat tak mak kita selalu pesan "jangan tidur selepas subuh?"

Sebab apa yek...

Pi balik tanya mak semula kenapa tak boleh tidur selepas subuh...Heheheee...


Hari ni saya nak share 5 S Tips Segar Sepanjang Pagi...

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Jika kita amalkan 5S ini, Insya Allah manfaatnya akan kita rasakan :

1) Subuh.
Jangan sesekali tinggal solat Subuh dan lebih elok, setelah selesai bersolat, terus berwirid dengan bacaan zikir, Ma'thurat atau membaca al-Quran.


2) Senaman.
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.


3) Sembang.
Rupanya borak-borak pun boleh menghilangkan mengantuk. Selalu juga bersembang kalau ada sahabat yang turut tidak tidur selepas subuh. Tapi jangan pula sembang benda-benda yang lagha seperti mengumpat. Nanti pagi-pagi lagi sudah kumpul dosa.


4) Sapu rumah atau sampah.
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu bentuk senaman.


5) Selesai atau Sempurna.
Pastikan semua yang kita buat itu semuanya selesai. maklumlah, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergilah cari penyapu, konon-konon nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.


Tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia benar-benar berkesan. Ada 2S ekstra yang boleh dilakukan untuk elak rasa mengantuk dan tidur selepas subuh, iaitu :
 
1) Segarkan diri (mandi).
Bila tubuh dah segar secara tak langsung, kita akan rasa semangat, tidak banyak pun sikit.


2) Study atau Siapkan kerja yang tidak siap.
Masa inilah kita boleh ambil peluang selesaikan tugasan yang belum selesai.
Apa ditunggu lagi, diucapkan selamat beramal dan jika ingin wajah berseri atau pun awet muda, jangan amal tidur lepas waktu solat Subuh.

Semoga ia bermanfaat dan Selamat beramal.

# sumber FaceBook Norasmah Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan