Sabtu, 6 Disember 2014

MY DREAM COME TRUE

hoho...

Assalamualaikum semua...
Nak share cerita dengan anda semua, selepas saya mengenali leader yang hebat dalam Shaklee, mereka menggalakkan saya untuk menulis 101 impian.

Bila join Program Dr.Azizan Osman, IMKK (Insentif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan), Doc juga menyuruh kami menulis 101 impian. Kata DAO impian kita perlu ditulis, kalau tidak ia akan menjadi angan-angan.

Salah 1 impian yang saya tulis ialah untuk organize Family Day Keluarga Hj Aris dan Hajah Mordeka. (iaitu Abah dan Mak saya).

Family Day untuk kumpulkan adik-beradik dan anak buah. Happy-happy together. Tujuannya untuk merapatkan hubungan kami anak beranak. Yelah masing-masing dah ada family sendiri, dah ada komitmen sendiri. Jarang dapat berkumpul beramai-ramai kecuali pada Hari raya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt impian saya telah tercapai bila pada tarikh 29 November 2014, kami adik beradik seramai 6 orang (kakak sulung tak dapat join atas sebab tertentu) dan Mak Abah bersama 10 orang anak buah dapat berkumpul di Homestay Len DVillage, Merlimau Melaka.


Tempatnya cantik dan rumah banglo yang mempunyai ciri-ciri traditional dan moden.

Antara aktiviti yang kami buat ialah mandi-manda. Kebetulan kami memang cari homestay yang ada swimming Pool.


Aktiviti BBQ juga kami buat. Kat homestay ni ada disediakan tempat pembakar dan juga arang.



Sebelum kami balik, sempat juga bergambar kenangan kat homestay ni...2 hari 1 malam timbul pula impian nak ada homestay atau ISTANA HINGGAP macam ni...huhu...semoga tercapai impian saya. (terus tulis dalam wishlist saya..pisyoo!!!)


Semoga tahun depan dan tahun-tahun seterusnya aktiviti tahunan Family Day Keluarga Hj.Aris dan Hajah Mordeka dapat diteruskan.

So, sekarang dah boleh cari-cari tempat yang sesuai untuk buat Family Day.

Ada yang berminat nak tahu tentang maklumat Homestay Len DVillage, Merlimau Melaka ni boleh lah lawat Blog ini http://homestaymlimau.blogspot.com/

Swimming Pool lebih private sebab hanya ada 1 buah rumah banglo dan 2 rumah jenis chalet. So kalau datang dengan keluarga yang besar pool tu dah jadi private untuk family kita.

Sharing Is Loving
Arbayah Aris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan